Monday, December 14, 2009

PROGRAM BERKHATAN PERDANA

Pada masa cuti sekolah hujung tahun 2009 ini, Biro Penerangan UMNO Bahagian Merbok telah berjaya mengadakan dua kali program berkhatan perdana yang dianjur bersama oleh UMNO Bahagian Merbok dan AJK-AJK Bahagian serta syap-sayap UMNO Bahagian Merbok seperti Puteri, Wanita dan Pemuda.

Selepas mengadakannya pertama kalinya di Penghulu Him dalam DUN Tanjung Dawai, pada 12/12/2009 yang lalu diadakan pula satu lagi program yang serupa tetapi dengan lebih tersusun serta padat. Program kali ini kebetulan pula selari dengan program berkhatan di Paya Nahu yang dirasmikan oleh Ketua Bahagian UMNO Merbok, dan program diBukit Selambau dalam DUN Bukit Selambau pula telah dirasmikan oleh Ketua Biro Penerangan UMNO Bahagian Merbok, Datuk Mohd Zubir Saad.







 Dato' Dr Shuaib(UMNO Bahagian Sungai Petani) juga turut
menyumbang kepakaran bersama-sama dengan beberapa
pegawai perubatan yang lain untuk menjayakan program  ini.

Lebih bermakna dan bertuah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Mejar General(B) Dato' Jamil Khir Baharom telah sudi hadir untuk meraikan kanak-kanak yang seramai 74 orang termasuklah seorang kanak-kanak istimewa.  Beliau yang turut diiringi oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mohd Zain sempat menghulurkan sumbangan peribadi beliau kepada kanak-kanak yang menyertai program ini.







Manakala program ini diteruskan pula sehingga kesebelah malam dengan menjemput aktivis UMNO Malaysia yang amat di kenali serta berpengalaman dalam pelbagai bidang, iaitu Dato' Wira Othman Abdul yang sudi menyampaikan ucapan dalam bentuk majlis ilmu.  Semuga ilmu yang disampaikan oleh beliau dapat dimanfaatkan oleg ibubapa yang mendengar ucapan belia ketika menemani anak-anak mereka.






Pihak UMNO Bahagian Merbok berhasrat untuk mengadakan program seumpama ini pada tahun-tahun mendatang, InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

Text Widget

Text Widget