Monday, April 5, 2010

MAJLIS CERAMAH POLITIK DI SUNGAI LAYAR.


Walaupun hujan lebat, aturcara majlis ceramah anjuran UMNO Cawangan Sungai Layar dengan kerjasama UMNO Bahagian Merbok tetap berjalan seperti yang di rancang.  Begitu juga dengan penceramah, seperti di janikan dalam 'hand out', penampilan sulung penceramah yang juga pensyarah di UUM, seorang yang masih muda tetapi mempunyai maklumat yang cukup luas berkenaan sejarah UMNO kerana beesesuaian dengan bidang beliau iaitu Encik Mohd Shukri Shuaib, Pensyarah Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia dan juga penceramah/pemidato tersohor dari UMNO Dato' Wira Osman Abdul.

Ternyata kedua-dua pencermah yang sudi hadir malam tadi ternyata amat mendlam pengetahuna mereka terhadap sejarah Tanah Air danjuga UMNO.

Jika Encik Shukri menampilkan bagaimana UMNO mementingkan Iqra, baik dalam menuntut kemerdekaan waima menentukan hari Kemerdekaanpun Ulama Tulinlah yang dirujuk untuk memalaq tarikh yang sesuai agar di berkati bumi Bertuah ini, manakala Dato Wira pula pergi dengan lebih mendalam untuk mengungkap kembali rentetan sejarah negara dalam konteks politik dari masa merdeka sehinggalah sekarang.

Pendengar-pendengar yang hadir ternyata terpaku mendengar kedua-dua mereka kerana hujah padat berfakta mereka dengan di dokongi bantuan audio visual yang hebat menyebabkan mereka terpaku di tempat duduk masing-masing walaupun ceramah trepaksa diakhiri pada pukul 12.00 tengahmalam tepat sebagai menghormati undang-undang.






Rata-rata yang hadir begitu kagum dengan cara penyampaian yang bagi mereka adalah merupakan teknik yang nyata dapat menambat mata, kalbu dan hati mereka untuk terus mengikuti maklumat-maklumat yang disampaikan.


1 comments:

kerol said...

kelakar sangat cara penyampaian anda...memang pas tu ciptaan manusia.ada 2 perbezaan dasar perjuangan politik umno dan pas..umno perjuangan untuk bangsa..pas perjuangnya menegakan islam..itu yang mebezakan 2 parti politik..umno tuh ciptaan melayu yang haprak...dah habis dah tanah melayu bangsa lain kaut keuntungan..melayu jadi layu...kenapa kita sama sama saudara islam .tidak mahu menegakan islam..konsep 1 malaysia yang untung bangsa lain...org islam rugi banyak..kenapa hak hak islam tercabar..adakah umno simpati dengan islam..kenapa benar2 sangat nak tunjuk yang umno tuh pembela agama..bagi saya setiap pemimpim islam harus berpandukan kepada AL QURAN DAN SUNAH..adakah pemimpin umno ada perkara tuh..renung renungkan...saudaraku.

Post a Comment

Text Widget

Text Widget