Sunday, March 28, 2010

LAWATAN KERJA DATO' SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH KE MERBOK


27/03/2010
 Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ketua Bahagian Tambun yang juga Timbalan Menteri Kewangan ke 2 Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah telah sudi memperuntukkan selama dua hari untuk bersama-sama rakyat Parlimen Merbok atas inisiatif bersama Ketua Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mohd Zain dengan seluruh sayap-sayap UMNO Bahagian Merbok.  Peluang rakyat  Parlimen Merbok untuk mendapatkan penjelasan isu-isu semasa yang berkaitan dasar-dasar Kerajaan Persekutuan yang di kuasai oleh Barisan Nasional serta di pimpin oleh Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Presiden UMNO yang juga Perdan Menteri Malaysia terutamanay mengenai pembohongan oleh pihak pembangkang terhadap beberapa isu lapok dan isu terbaharu.





















 Bertempat di Dewan MCA Sungai Lalang, satu pertemuan muhibbah semua kaum di sekitar Merbok telah di atur.  Pelbagai isu semasa telah di terangkan oleh beliau selaku antar mereka yang paling layak untuk memperjelaskan keadaan sebenar terus kepada rakyat Merbok.














Pertemuan secara berdialog dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN berlangsung dengan penuh mesra dan lancar. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Bahagian, Prof Dr Ismail Daut dan juga Pengerusi Biro Penerangan UMNO Merbok, Datuk Zubir Saad.

0 comments:

Post a Comment

Text Widget

Text Widget