Wednesday, March 31, 2010

ISTERI MANTAN MENTERI BESAR KEDAH MENINGGAL

Innalillahiwa inna illahirroji un.

Isteri Tan Sri Osman Aroff, Datin Sri Azizah telah menginggal dunia sebentar tadi  Dalam 2 jam lagi mayatnya akan di bawa balik ke rumah Tan Sri Osman Aroff di Jalan Menteri off Jalan Sultanah, Alor Setar.

Semoga Allah menghimpunkan Allahyarham bersama orang-orang yang Berjaya di Akhirat, InsyaAllah.

Lapuran terperinci akan menyusul.




Monday, March 29, 2010

CERAMAH: PENERANGAN ISU-ISU SEMASA


Satu program ceramah yang di anjur oleh Biro Penerangan dengan kerjasama UMNO Bahagian Merbok akan dia adakan di Taman Sri Tanjung Fasa Tiga, Sungai Layar pada 4hb April 2010.  Ceramah ini akan dia adakan di Dewan UMNO yang terletak berhampiran Surau Taman Sri Tanjong dan tapak pasar malam taman berkenaan.

Banyak isu-isu semasa akan di perjelaskan oleh penceramah berpengalaman yang di jemput khas dari UMNO Pusat iaitu Dato' Wira Othman Abdul bagi segmen politik.  Manakala bagi segmen undang-undang dan hubungan antarabangsa, seorang pensyarah kanan dari Universiti Utara Malaysia, iaitu Encik Mohd Shukri Shuib akan menyampaikan ceramahnya.

Ceramah akan di adakan pada sebelah malam pukul 9.00.  Orang ramai adalah di jemput hadir.

Sunday, March 28, 2010

DATO' SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH BERTEMU DENGAN SAYAP-SAYAP UMNO BAHAGIAN MERBOK

Selepas berdialog dengan masyarakat Sungai Lalang pada petangnya, satu pertemuan telah di adakan antara Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah dengan ke empat-empat sayap UMNO Merbok di Sungai Petani.  Tujuan pertemuan adalah untuk memperjelaskan isu-isu semasa yang telah di mainkan oleh pembangkang secara tidak bermaruah dengan tujuan untuk mengganggu keamanan dan keharmonian rakyat Malaysia.








































LAWATAN KERJA DATO' SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH KE MERBOK


27/03/2010
 Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ketua Bahagian Tambun yang juga Timbalan Menteri Kewangan ke 2 Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah telah sudi memperuntukkan selama dua hari untuk bersama-sama rakyat Parlimen Merbok atas inisiatif bersama Ketua Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mohd Zain dengan seluruh sayap-sayap UMNO Bahagian Merbok.  Peluang rakyat  Parlimen Merbok untuk mendapatkan penjelasan isu-isu semasa yang berkaitan dasar-dasar Kerajaan Persekutuan yang di kuasai oleh Barisan Nasional serta di pimpin oleh Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Presiden UMNO yang juga Perdan Menteri Malaysia terutamanay mengenai pembohongan oleh pihak pembangkang terhadap beberapa isu lapok dan isu terbaharu.





















 Bertempat di Dewan MCA Sungai Lalang, satu pertemuan muhibbah semua kaum di sekitar Merbok telah di atur.  Pelbagai isu semasa telah di terangkan oleh beliau selaku antar mereka yang paling layak untuk memperjelaskan keadaan sebenar terus kepada rakyat Merbok.














Pertemuan secara berdialog dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN berlangsung dengan penuh mesra dan lancar. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Bahagian, Prof Dr Ismail Daut dan juga Pengerusi Biro Penerangan UMNO Merbok, Datuk Zubir Saad.

Text Widget

Text Widget