Monday, February 22, 2010

PELANCARAN DAN PERASMIAN 'FREE WiFi ZONE' UMNO BAHAGIAN ALOR SETAR


Pada 23/02/2010, UMNO Bahagian Alor Setar di bawah pimpinan Dato' Paduka Ahmad Bashah bin Md Hanipah selaku Ketua Bahagian yang juga ADUN Bakar Bata merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, akan melancarkan zon WiFi secara percuma di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bakar Bata, di Jalan Putera yang terletak berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Mergong, Alor Setar.


Perasmian di jangka akan di adakan pada pukul 9.00 malam, manakala jemputan adalah terbuka kepada seluruh rakyat dan ahli-ahli UMNO.  Sesiapa yang ingin hadir(adalah di galakkan) bolehlah datang pada pukul 8.30 malam untuk beramah mesra secara santai.  Blogger-blogger Kedah/Utara bolehlah kesana untuk berkumpul sambil berbincang apa sahaja perkara, baik politik, sosial mahupun berkaitan dengan kemasyarakatan atau keilmuan.  Oleh kerana komputer meja hanya di sediakan sebanyak 5 unitr sahaja, maka adalah di galakkan sesiapa yang ada notebook sendiri untuk membawanya sekaliuntuk di manfaatkan semasa di sana nanti.

Dato' Paduka Ahmad Bashah bersama-sama dengan seluruh Ahli Jawatan Kuasa Bahagian bersama dengan sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Alor Setar mengalu-alukan kedatangan anda ke majlis berkenaan.

UMNO Kedah sasar 317,000 pengundi muda


ALOR SETAR 20 Feb. - Seramai 317,000 pengundi muda di negeri ini yang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 masih belum mendaftar sebagai pengundi.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, UMNO akan terus turun padang bagi mengesan pengundi-pengundi muda itu.
"UMNO Kedah serta parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) bergerak dari rumah ke rumah untuk mencari pengundi yang masih belum berdaftar.
"Program initelah dijalankan sejak awal Januari lalu dan akan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian pada program pendaftaran pemilih di Taman Wira Mergong di sini hari ini.
Menurutnya, melalui program itu, bilangan ahli baru yang menyertai UMNO turut bertambah.
"Kita tidak meletakkan sasaran banyak mana yang akan sertai UMNO.
"Namun, kita mahu mereka yang layak dapat mengundi dan melalui program ini, UMNO juga akan terus dekat di hati rakyat," ujarnya.
Katanya, tindakan UMNO mengunjungi rumah ke rumah membolehkan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat didengar oleh pemimpin.
"Program ini bukan hanya dijalankan di kawasan Parlimen Alor Setar namun kita buat di seluruh negeri ini.
"Dalam seminggu, kita akan buat program pendaftaran pemilih sebanyak tiga kali dan sehingga kini bilangan pengundi serta ahli UMNO juga telah meningkat," jelasnya.

Thursday, February 11, 2010

PROGRAM JOM PI SEKOLAH SRA 2010

Satu majlis untuk menggalakkan anak-anak belajar di sekolah rendah agama(SRA) akan di adakan di Dewan Serbaguna Guar Chempedak pada 16hb Februari 2010.  Majlis ini akan di lancarkan serta di rasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Mej. Jen.(B) Jamil Khir Baharom yang juga merupakan Pengerusi Biro Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Majlis akan bermula pada pukul 9.00 pagi.Orang ramai di jemput hadir bagi memeriahkan majlis ini pada tarikh dan masa yang telah di umumkan

Tuesday, February 9, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT

Bahagian Merbok turut terlibat secara langsung dengan program Juara Rakyat sebagaimana juga dengan Bahagian-bahagian yang lain.






Selepas perasmian secara berpusat,  Kesmemua Bahagian-bahagian UMNO termasuk Merbok telah mengadakan program di peringkat Bahagian.  Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Johari Baharom di lantik menjadi Bapa Angkat  UMNO Bahagian Merbok dan Pemantau kepada Parlimen Merbok.  Ikuti program peringkat Bahagian dan Parlimen dalam blog Ketua Bahagian, Dato Tajul Urus Mohd Zain.

Wednesday, February 3, 2010

Muhyiddin Lancar Program Juara Rakyat Kedah Sabtu Ini



ALOR SETAR, 1 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan merasmikan program Juara Rakyat peringkat negeri Kedah Sabtu ini, mempunyai jadual padat dalam lawatan sehari di negeri ini.

Sejurus tiba pada pagi itu Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan Umno Kedah serta keempat-empat sayap Umno Bahagian Jerlun di Wisma Umno Jerlun.

Selepas itu, Muhyiddin akan merasmikan program Juara Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang (SMKS), Air Hitam, 25 kilometer dari sini.

Bercakap pada sidang akhbar hari ini, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad berkata Program Juara Rakyat yang bermula pada Jumaat akan dipenuhi dengan acara seperti sukan rakyat, pertandingan aspek wanita, marhaban dan berendoi manakala forum perdana berlangsung pada sebelah malam di tempat sama.

Sejumlah 30 gerai menjual barangan usahawan bumiputera dan pameran agensi kerajaan turut didirikan sepanjang program dua hari itu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dijadual mengadakan perjumpaan dengan pendidik seluruh daerah Kubang Pasu di SMKS pada sebelah petang dan kemudiannya menemui masyarakat Cina dan Siam di Sekolah Menengah Chung Hwa, Kodiang, sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

-- BERNAMA

Text Widget

Text Widget