Sunday, January 31, 2010

MAJLIS PENYERAHAN KELENGKAPAN SEKOLAH.


Sebagai penyelaras Parlimen, urusan Dato' Tajul Urus bukan hanya berkisar dengan satu-satu kaum tertentu sahaja, tugas sebagai Penyelaras Parlimen perlu mendampingi serta berkhidmat dengan semua bangsa yang menetap atau tinggal di dalam kawasan Parliemn berkenaan.  Sehubungan dengan tugas beliau itu pada hari yang sama dengan program Silratulrahim telah di adakan satu lagi majlis untuk kaum India yang berada dalam DUN Tanjung Dawai.  Majlis ini di adakan di SRJK(Tamil) Ladang Sungai Batu ini adalah untuk murid-murid India yang miskin.

Keperhatinan Parti Barisan Nasional terhadap ahli-ahli parti komponen dan rakyat tidak perlu dipersoalkan lagi, kerana bukti-bukti aktiviti seperti ini menjadi suara menjawap kepada setiap persoalan yang berbaur negatif dan tidak berasas dari parti pembangkang.










Dato' Tajul Urus dalam ucapan beliau selaku Penyelaras Parlimen turut mengumumkan bahawa seluruh sekolah-sekolah Tamil dalam Parlimen Merbok akan terus di bantu baik dari segi prasarana mahupun alatan pembelajaran ataupun juga yang berkaitan dengan kebajikan pelajar mengikut keadaan dan keperluan serta keutamaan seperti mana yang telah dibuat pada masa-masa sebelum ini.

MAJLIS SILRATULRAHIM UMNO BAHAGIAN MERBOK


Majlis ini diadakan selama dua hari berturut-turut di Bujang, yang terletak dalam DUN Tanjung Dawai.  Tujuan di adakan program ini adalah untuk menambah dan memperkukuh jalinan tali silratulrahim yang sememangnya sudah dipupuk berdekad lalu atau dengan ertikata lain semenjak sebelum merdeka sehinggalah sekarang.
Dengan tiupan semangat baru demi perubahan oleh ahli-ahli UMNO dan pimpinan maka program pengisian seperti ini sudah tentunya membawa manfaat yang amat bernilai kepada ahli melalui perjumpaan terus dengan rakyat dan dalam masa yang sama dapat mendengar luahan hati, keluh resah dan pandangan serta pendapat dari rakyat pelbagai peringkat supaya setiap pendapat dari individu-individu yang dizahirkan melalui perjumpaan terus ini dapat di rumus oleh pimpinan bahagian untuk dicari jalan terbaik dalam memperbaiki setiap aspek kelemahan yang telah menyebabkan rakyat menjauhi UMNO. 
Ini selaras dengan gagasan yang dilaungkan oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia; Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan.



Dalam program yang di isi dalam  majlis ini, anak-anak ini di dedahkan dengan ilmu pengucapan awam.  Pendedahan peringkat asas ini adalah untuk membina keyakinan anak-anak ini untuk berani bercakap di hadapan khalayak dalam satu-satu majlis secara betul. 






Manakala kaum ibu, pemuda dan puteri yang menyertai program ini telah menziarahi rumah-rumah disekitar Kampong Bujang untuk tujuan berbual-bual santai agar jalinan rapat dapat di bina secara berterusan


Thursday, January 28, 2010

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PELANCARAN KEMPEN UMNO JUARA RAKYAT.

Gambar-gambar ini di ambil pada 9hb Januari 2010 yang lepas, dimana Dato' Ketua Bahagian turut hadir pada hari perasmian.  UMNO Bahagian Merbok berbangga kerana salah seorang AJK Bahagian, Datuk Mohd Zubir Saad yang juga Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian Merbok merangkap Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Perhubungan UMNO Negeri Kedah turut terlibat secara langsung mengetuai sekretariat pameran untuk booth Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang juga boleh di anggap sebagai pengiktirafan kepada UMNO Bahagian Merbok terhadap prestasi kerja mereka secara amnya.







































Tuesday, January 26, 2010

Mereka itu 'Firaun Kecil'...saya sedia tinggalkan parti kata Zul Nordin



**Agendadaily:




Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin menyifatkan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Zaid Ibrahim sebagai Firaun Kecil yang mempertikaikan pendiriannya berhubung dengan kalimah Allah.

Sehubungan itu beliau menegaskan, jika sampai kepada peringkat beliau perlu keluar parti dalam mempertahankan kalimah suci Allah, beliau sedia berbuat demikian.

“Mereka ini bagi saya adalah Firaun Kecil . Dalam Isu Islam tidak ada kompromi apatah lagi soal kalimah Allah membabitkan soal akidah.

“Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta saya menarik balik laporan polis terhadap Khalid Samad kerana menyifatkan ia adalah perbezaan pendapat tetapi saya tegaskan kepadanya, kenyataan Khalid bukan perbezaan pendapat tetapi penghinaan kepaa Islam.

“Dalam soal Zaid Ibrahim yang mahu saya dipecat dari parti, saya tidak berminat melayan politikus hinggusan dan opportunis macam dia. Saya hendak bertanya apakah pendirian dia tentang hudud, kerana dulu dia pernah saman kerajaan Kelantan kerana hendak laksanakan hudud.

“Selepas itu PAS perlu buat pendirian terhadap orang macam ini. Kita hendak tahu sejauh mana PAS boleh berkompromi dengan soal Islam ini,” jelasnya panjang lebar.

Beliau menyatakan demikian kepada Agendadaily Isnin ketika diminta mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Anwar, Khalid dan Zaid berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid dalam isu kalimah Allah.

Khalid dalam kenyataanya mempersoalkan kenapa Zulkifli menyamannya kerana pendiriannya sama dengan Anwar. Manakala Anwar pula menyifatkan Zulkifli sudah cross the line dan Zaid pula mahukan parti memecat Zulkifli sebagai ahli PKR.

Mengulas mengenai semua perkara itu, Zulkifli berkata, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya walaupun terpaksa meninggalkan parti.

Ditanya adakah beliau ada berhubung dengan Anwar, beliau mengakui Anwar ada menghubunginya dan meminta beliau menghormati perbezaan pendapat dan menarik balik laporan polis terhadap Khalid.

“Saya juga hairan kenapa Anwar sebagai seorang yang mempunyai imej Islam yang kuat menyokong Kristian. Kita tahu ada dua pendapat berbeza dalam isu ini, ada ulama luar yang menyifatkan tidak salah agama lain guna kalimah Allah tetapi ulama besar dalam negara tidak bersetuju.

“Saya harapkan Anwar akan mengambil sikap bebas tetapi beliau menyokong pihak Kristian. Tapi itu saya boleh terima sebagai perbezaan pendapat. Tetapi kenyataan Khalid yang menyatakan enakmen Islam Selangor sudah ketinggalan zaman, bagi saya adalah satu penghinaan.

“Dalam soal kalimah Allah Khalid sudah tidak bertamaddun, keluar batas perbahasan. Dia hina Islam, hina sistem perundangan, hina Sultan, bagi saya dia biadap.

“Anwar minta saya tarik balik laporan polis, saya kata boleh jika Khalid memohon maaf kepada umat Islam dan kepada Sultan Selangor,” ujarnya panjang lebar. – 25/1/2010

Sunday, January 17, 2010

BENGKEL GERAK CEMERLANG

Kursus diadakan selama 3 hari di Peranginan Titit Hayun Yan selama tiga hari berturut-turut ini adlah anjuran Biro Penerangan UMNO Merbok dengan kerjasama oleh UMNO Bahagian Merbok.

Semalam, YB Senator Mejar General(B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom selaku Pengerusi Biro Penerangan Perhubungan UMNO Kedah telah sudi hadir bersama-sama peserta selama hampir dua jam untuk memberi penerangan isu-isu semasa kepada para peserta dan juga memberi kata-kata perangsang untuk terus berjuang sebagai pejuang bangsa.







Para peserta Kursus sedang berkumpul dan
menunggu untuk bertolak ketempat kursus
Turut berada menemani para peserta ialah
Ketua Bahagian UMNO Merbok,
Dato' Tajul Urus Mohd Zain.





Para peserta bersiap untuk bertolak kedestinasi.

Hari Pertama(Tina ketika hampir tengahari, manakala
perjalanan kursus adalah selepas Sembahyang Jumaat)










Kejutan di Hari Pertama....hampir pengsan...

Hari Kedua



YB Senator Mejar General(B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom
selaku Pengerusi Biro Penerangan Perhubungan UMNO  Kedah.





Ketua Bahagian UMNO Jerai sempat meraikan ketibaan
Dato' Seri Jamil Khir, walaupun sebentar kerana terpaksa
bergegas kemajlis lain diperingkat UMNO Jerai.

Hari Ke-3(hari terakhir)









Inilah Penghulu kepada Peserta, walaupun muda beliau
dapat memikul tanggungjawab dengan memuaskan, dan
pengajaran dari sini ialah jika kita boleh menghormati kepada
pemimpin yang menunjukkan daya kepimipnan yang
baik, yang tua juga boleh menghormati arahan....

Setakat 500 mata anak Tangga Kenari??  Kacangggg!!!!






Barisan yang HEBAT!!!!

Text Widget

Text Widget